top of page

Our Story

IZREKA Caterer & Wedding Planner telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan No. Pendaftaran: 002224519-U pada 7 Mei 2013 dengan nama pendaftaran IZREKA WEDDING PLANNER.

IZREKA Wedding Planner diusahakan oleh pasangan suami isteri ZULFIKAR ALI BIN ABD SAMAD (fb: Zul Izreka) dan ASNITA MANSHOR (fb: Asnita Manshor).

 

Idea penubuhan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan menyeluruh dalam industri perkahwinan ini hadir setelah kami menimba begitu banyak pengalaman dalam bidang Food & Beverages (F&B) sejak tahun 2005. Kami bermula sebagai pengusaha kafetaria di bangunan Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli, Presint 4, Putrajaya sekitar tahun 2005-2007.

 

Atas faktor umur anak-anak yang masih kecil, kami mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perniagaan kafetaria tersebut. Sebaliknya cuba menumpukan kepada perniagaan Butik Andaman yang mana sebelum ini pernah diusahakan oleh Pn Asnita Manshor secara part time pada sekitar tahun 2003.

 

En. Zulfikar pula merupakan seorang ahli perniagaan sepenuh masa dalam industri Penerbitan, Percetakan & Pengiklanan sejak tahun 1993 lagi dan memiliki ramai kenalan dan rakan niaga yang terdiri dari pelbagai bidang dan latar belakang. Ada antara kenalan beliau yang mengusahakan perniagaan katering, perniagaan sewa kanopi, industri tekstil dan sebagainya.

 

Dengan keyakinan dan kecekalan hati, kami mengambil keputusan untuk bergerak aktif dalam menyediakan perkhidmatan menyeluruh dalam Industri Perkahwinan ini. Maka pada awal tahun 2008 kami memasuki pasaran industri perkahwinan dengan menggunakan jenama perniagaan ASNITA BEAUTY CREATIONS.

 

Pada awal penglibatan kami dalam industri ini, kami lebih menumpukan pada perkhidmatan Andaman & Butik Pengantin sahaja. Dalam usaha mengukuhkan jenama perniagaan kami, kerapkali kami berkolaborasi dengan 'main player' dalam industri perkahwinan ini. Namun lama kelamaan, apabila sering mendapat permintaan dari pelanggan dan disusuli dengan maklumbalas yang positif. Kami mula meneroka lebih jauh ke hadapan dengan menawarkan perkhidmatan Pengaturcaraan Majlis (Event Planner) seterusnya menyaksikan penubuhan IZREKA WEDDING PLANNER.

 

Stesen-stesen TV seperti di rangkaian Media Prima & ASTRO juga seringkali mengundang kami menjadi Official Make-Up Artist dan juga Official Caterer untuk program-program TV terbitan mereka. Antaranya ialah Versus, Juara Lagu, Idola Kecil, Projek Metro, Bilik 7, Muzik Muzik 29, Zikir Hati, Bas Pintar, Macam Macam Aznil, MaharajaLawak dan lain-lain lagi.

bottom of page