top of page

Perkhidmatan Kami

Kami bersedia pada bila-bila masa untuk memberikan perkhidmatan menyeluruh untuk Majlis Perkahwinan anda. Sama ada anda memerlukan Pakej Lengkap Majlis Perkahwinan atau anda hanya perlu untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan berasingan. Segalanya boleh anda perolehi dari kami di bawah satu bumbung.

Pengaturcaraan Majlis

Khidmat Pengaturcaraan Majlis untuk sebarang majlis:

# Majlis Pertunangan

# Majlis Harijadi

# Majlis Perkahwinan

# Majlis Pelancaran dan sebagainya

Perkhidmatan Katering

Katering untuk sebarang majlis.

 

Perkhidmatan Solekan & Sewa Busana Pengantin

MakeUp Artis kami mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang solekan dan pernah terbabit dengan pelbagai program TV sebagai Official Makeup Artist seperti JUARA LAGU TV3, IDOLA KECIL, VERSUS, HIPTV, MACAM-MACAM AZNIL, MAHARAJALAWAK dan sebagainya.

Perkhidmatan Dekorasi Pelamin

Team Dekorasi kami mampu menghasilkan pelbagai design dan style terkini untuk menjadikan Majlis Perkahwinan anda lebih berseri dan elegan.

 

Samada anda inginkan dekor dari koleksi pelamin kami atau anda boleh juga minta kami dekorkan pelamin anda mengikut citarasa anda sendiri.

 

Perkhidmatan Sewa Kanopi & Peralatan Katering

Sama ada majlis anda dilangsungkan di dalam dewan atau di perkarangan rumah, kami ada menyediakan perkhidmatan sewa kanopi, kerusi meja & peralatan katering dan sebagainya.

 

Perkhidmatan Fotografi & Videografi

Kami memiliki barisan Fotografer & Videografer yang sering berkolaborasi dengan kami dan telah kami kenalpasti keupayaan dan kreativiti mereka menghasilkan hasilkerja yang setimpal dengan bajet anda.

 

Perkhidmatan Deejay & P.A. System

Majlis Perkahwinan pastinya akan suram dan tidak meriah tanpa adanya kehadiran Deejay dan peralatan sistem bunyi atau karaoke.

 

Perkhidmatan Kompang / Gamelan / Live Band / Penari

Kami turut berkolaborasi dengan beberapa vendor yang berkaitan dengan industri perkahwinan seperti:

- Kumpulan Kompang

- Kumpulan Gamelan

- Live Band

- Kumpulan Penari

 

Perkhidmatan Dekorasi Dewan

Adakalanya syarikat-syarikat katering / Butik Andaman mengenakan charge berasingan bagi kerja-kerja dekorasi dewan seperti:

- Dekorasi Meja Makan Beradab

- Dekorasi Meja Kek

- Dekorasi Meja Door Gift

- Dekorasi Walkway

- Dekorasi pada dinding atau siling dewan

- Dekorasi pada tembok/dinding stage

- Sarung Kerusi pelbagai warna

- Riben kerusi pelbagai warna dan tema

- Dekorasi pintu gerbang

 

Anda boleh dapatkan perkhidmatan tersebut dari kami dengan kadar yang munasabah dan berpatutan.

 

Bagi yang mengambil Pakej Lengkap Majlis Perkahwinan, kesemua dekorasi tersebut memang telah ada dalam pakej tanpa charge tambahan (no hidden charge).

 

bottom of page