top of page

Pakej Lengkap Perkahwinan 2016

Untuk tahun 2016 yang penuh mencabar ini, kami seboleh-bolehnya ingin memberikan harga yang fleksibel dan munasabah dengan perkhidmatan yang kami persembahkan. Kami akui dewasa kini, pattern citarasa pelanggan banyak dipengaruhi oleh harga yang terendah di pasaran walaupun pada hakikatnya harga tersebut tidak logik pada pemikiran yang normal.


Justeru kami tetap berpegang dengan kualiti dan kesan jangka panjang untuk perniagaan kami dengan tidak menawarkan harga yang di bawah kemampuan untuk ditawarkan kepada para pelanggan. Dalam kebanyakkan Pakej yang kami tawarkan, kesemuanya kami telah ambil kira tentang kualiti dan hasil kerja yang sangat memuaskan. Kesemua vendor-vendor yang berkolabarosi dengan kami telah kami kenalpasti bakat dan kualiti hasil kerja mereka supaya para pelanggan tidak mengalami sebarang masalah tentang aspek-aspek teknikal yang remeh-temeh yang sepatutnya seseorang profesional tidak akan lakukan.

Pakej Lengkap Perkahwinan yang kami tawarkan ini tidak semestinya perlu mengikut 100% harga dan item perkhidmatan yang dipaparkan Para pelanggan boleh meminta agar salah satu perkhidmatan dibuang atau boleh juga dibuat penambahan item perkhidmatan lain yang diperlukan. Pakej ini hanyalah sebagai cadangan yang kami kenalpasti sebagai Pakej yang merangkumi segala Perkhidmatan dan Kelangkapan Majlis yang agak sempurna.




Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page