top of page

Promosi Pakej Katering 2018

Tahun 2017 sudah sampai ke penghujungnya dan akan hadir tidak lama lagi Tahun Baru 2018. Justeru, kami di Izreka Wedding Planner sudahpun bersedia menyambut Tahun Baru ini dengan beberapa Pakej Promosi yang pastinya bakal menguntungkan anda para pelanggan kami seterusnya. Kami mulakan dengan Promosi Pakej Katering yang sangat-sangat berbaloi untuk anda dengan keadaan ekonomi yang semakin membebankan ini.

Kami di Izreka Wedding Planner telah lama sedar bahawa dalam menguruskan sesebuah majlis perkahwinan, kos katering merupakan kos yang paling tinggi sekali. Oleh yang demikian, kami mengambil pendekatan bahawa aspek keuntungan tidak begitu kami tekankan sangat. Apa yang lebih penting ialah sesebuah majlis itu dapat dianjurkan dengan kos yang tidak membebankan. Jika berjaya sesebuah event itu, bermaksud semakin ramai akan menyedari keupayaan dan kewujudan kami dalam industri perkahwinan. Jika elok perjalanan sesebuah majlis itu maka eloklah reputasi kami dan makin ramailah pelanggan yang akan datang kepada kami.

Sebenarnya jika dibandingkan dengan teliti mana-mana Pakej Katering yang berada di pasaran, semua sebenarnya sama sahaja menunya. Ada syarikat katering yang menawarkan RM8 per pax, ada yang menawarkan menu RM10 per pax dan ada juga yang menawarkan sehingga RM40 per pax. Percayalah dalam keadaan ekonomi semasa, harga bahan mentah yang tinggi, pengenalan cukai GST dan sebagainya semua kos ini ditanggung dengan beban yang sama oleh mana-mana syarikat katering. Tiada yang untung lebih dan tiada yang tidak untung. Yang membezakan harga tersebut ialah dari segi kuantiti, kualiti, rasa, menu sajian yang ditawarkan dan faktor venue/lokasi.


Jika sesebuah syarikat katering itu berkeupayaan menerima tempahan hidangan untuk lebih 5 majlis perkahwinan dalam masa sehari, maka dengan volume pax yang tinggi itu mereka mampu menyerap kos dan menawarkan dengan harga yang lebih rendah serendah RM7 - RM8 per pax setiap event (minimum oder 1,000 pax per event). Ini kerana dalam masa sehari, gaji tukang masak, gaji staff, kos transport dll dibayar dengan harga yang sama untuk tempoh sehari bekerja. Tetapi dari segi kos bahan mentah dan lain-lain material tidak boleh diperolehi dengan lebih rendah kecuali syarikat katering itu tidak jujur dengan membeli bahan-bahan mentah tidak mengikut sukatan yang standard untuk kuantiti yang ditempah semata-mata kerana mahukan lebih keuntungan.


Tetapi jika diambil kira secara purata hanya menerima tempahan 1 event sehari, maka kos RM9 - RM12 per pax adalah dikira sebagai mampu memberi pulangan modal dan keuntungan sekadar yang diperlukan untuk menampung Capital Overhead (Sewa Kedai, Gaji Staff, Transport, Bahan Mentah dll).


Harus diingat, para pelanggan juga perlu juga jujur dengan pihak syarikat katering. Jika tetamu anda yang dijemput ialah sekitar 1,000 orang maka pastikan tempah makanan dengan kuantiti yang mencukupi. INGAT! Seribu Jemputan BUKAN bersamaan dengan 1,000 pax. Untuk kuantiti 1,000 pax jemputan anda tidak boleh melebihi 400 jemputan kerana setiap jemputan pasti akan hadir dengan pasangan (suami/isteri/anak-anak). Ikutlah formula standard yang digunakan oleh mana-mana syarikat katering ini dalam menentukan JUMLAH TETAMU anda yang akan hadir nanti :-


JUMLAH JEMPUTAN x 3 pax - 20% = JUMLAH TETAMU


- Jumlah Jemputan bermaksud : Bilangan kad jemputan yang diedarkan TERMASUK Jemput Mulut, Jemput melalui Media Sosial (Whatsapp, FB, SMS, Email dll)


- DARAB 3 PAX bermaksud : Jemputan akan hadir dengan ditemani pasangan (suami/isteri & anak-anak). So purata akan hadir 3 orang bagi setiap jemputan.


- TOLAK 20% bermaksud : Jumlah Keberangkalian Jemputan yang tidak akan hadir. Tetapi harus diingat sekiranya ANDA adalah seorang tokoh setempat seperti Ketua Kampung, Tok Imam, Ahli Politik, Selebriti atau seorang yang sangat dikenali, disegani & dihormati masyarakat setempat, maka jumlah keberangkalian tetamu yang tidak hadir pastinya bukan 20% tetapi perlu dikira 10% atau kurang dari itu.



Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page